Sarawak Buka 10,000 Hektar Tanaman Padi Untuk Hadapi Masalah Beras Mahal

29 Feb 2024 • 1:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nyanyian merdu Calum Scott dan pemain Sape Sarawak viral di media sosial

Sarawak Buka 10,000 Hektar Tanaman Padi Untuk Hadapi Masalah Beras Mahal. Sarawak yakin tidak akan menghadapi krisis bekalan beras apabila kawasan seluas 10,000 hektar yang ditanam dengan padi hibrid mengeluarkan hasil sepenuhnya.

Perdana Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), kawasan penanaman padi di Gedong, Simunjan, Lundu, Banting, dan Lingga berpotensi menghasilkan jumlah beras yang lebih banyak daripada yang diimport saat ini.

Oleh itu, dengan anggaran pengeluaran 400,000 tan dalam masa 24 bulan di kawasan yang telah dibuka, Sarawak dijangka akan terhindar dari masalah kekurangan bekalan beras di masa hadapan.

image is not available
Sarawak Buka 10,000 Hektar Tanaman Padi Untuk Hadapi Masalah Beras Mahal. Sumber foto: HarianMetro

“Salah satu faktor yang menyebabkan harga beras tinggi adalah kerana kita mengimport dari luar negeri, khususnya dari India dan Vietnam, dan apabila kita mengimport, ini bermakna kita menggunakan mata wang Amerika Syarikat (USD). Itulah sebabnya saya memutuskan untuk membuka kawasan penanaman yang luas dan meminta pakar, termasuk dari UPM untuk melakukan kajian, termasuk penggunaan teknologi terkini dan mesin serta kesesuaian tanah kerana dengan menghasilkan beras kita sendiri, kita dapat mengontrol harga saat kita tidak lagi bergantung pada mata wang asing,” katanya.

Beliau menyatakan demikian setelah meninjau penuaian padi dari proyek perintis yang dilaksanakan oleh UPM di Kampung Lubok Punggor hari ini.

Sarawak berhasrat kurangkan kebergantungan import beras

Abang Johari turut menyatakan bahawa melalui projek perintis yang dilakukan bersama dengan penduduk Kampung Lubok Punggor, didapati bahawa satu hektar mampu menghasilkan antara lima hingga lapan tan beras setiap musim.

“Dalam tempoh 24 bulan, dengan penanaman dilakukan selama lima musim, ini bermakna satu hektar boleh menghasilkan sehingga 40 tan padi, dan penduduk yang terlibat dalam projek ini memiliki dua hektar sawah, yang berarti mereka boleh menghasilkan 80 tan dalam tempoh 24 bulan itu.

Dijangka hasilkan 400,000 tan beras dalam masa 2 tahun

“Ini bermakna jika kawasan 10,000 hektar itu menghasilkan sepenuhnya, dalam masa 24 bulan kita boleh menghasilkan 400,000 tan beras, dan jumlah ini jauh lebih banyak daripada 245,000 tan yang kita import pada masa ini,” katanya lagi.

Oleh itu, katanya, kerajaan Sarawak menyediakan dana besar untuk membangunkan sistem pengairan atau saluran air yang sempurna di semua kawasan yang akan dijadikan ladang padi.

“Untuk kawasan Lubok Punggor sahaja, kerajaan Sarawak menyediakan sejumlah RM30 juta untuk membangunkan saluran air,” katanya.

Beliau menambah, untuk meningkatkan pendapatan petani tempatan, Kerajaan Sarawak juga menaikkan harga minimum untuk padi yang dihasilkan.

“Jika di peringkat kebangsaan harga minimum yang ditetapkan ialah RM1,300 per tan, kerajaan Sarawak menetapkan RM1,800 per tan untuk padi yang dihasilkan oleh petani tempatan. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran malahan membantu meningkatkan pendapatan petani daripada RM1,000 setiap musim kepada RM6,000,” katanya.

Baca juga artikel terkini: