Sarawak Cadang Bakal Tubuh Pusat AI Pertama Untuk Lonjak Ekonomi Negeri

3 Jul 2024 • 11:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pusat AI pertama Sarawak

Sarawak Cadang Bakal Tubuh Pusat AI Pertama Untuk Lonjak Ekonomi Negeri. Sarawak bakal menubuhkan pusat kecerdasan buatan (AI) yang pertama di negeri ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mengumumkan penubuhan Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak (SAIC) yang bakal memberi tumpuan kepada penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan AI.

image is not available
Sarawak Cadang Bakal Tubuh Pusat AI Pertama Untuk Lonjak Ekonomi Negeri. Sumber: Utusan Borneo

“Penubuhan SAIC dijangka membantu usaha mempercepatkan pembangunan bakat tempatan dalam bidang AI dan menarik pakar global ke Sarawak,” kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa berucap pada Forum Perniagaan Gawai Kaamatan 2024.

Beliau menambah, inisiatif ini sejajar dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai AI bagi memastikan negara membangun seperti Malaysia mampu memanfaatkan teknologi tersebut.

image is not available

“AI membawa pelbagai manfaat, antaranya pengesanan penyakit, peramalan banjir, bantuan kepada sektor pertanian dan latihan untuk generasi pekerja masa depan,” jelas Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau menyeru kerjasama antara sektor awam, akademik dan pemain industri untuk mempercepatkan penggunaan AI dan memaksimumkan impaknya terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Sarawak yang mampan.

Baca lagi artikel menarik: