Sarawak Cadang Bina 6 Menara Mirip Masjid Nabawi

19 Jan 2024 • 7:41 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Menara tersebut bakal dibina di Masjid Jamek Kuching

Sarawak Cadang Bina 6 Menara Mirip Masjid Nabawi. Kerajaan Sarawak bercadang untuk membina enam buah menara di Masjid Jamek Negeri, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata menara yang bakal dibina itu mirip menara di Masjid Nabawi, di Madinah, Arab Saudi.

image is not available
Sarawak Cadang Bina 6 Menara Mirip Masjid Nabawi. Sumber: Bernama

“Kita akan kita tambah (bina) menara (di Masjid Jamek negeri) macam di Masjid Nabawi. Masjid kita ini terletak di tengah-tengah nadi (pusat) pemerintahan negeri.

“Saya bercadang untuk bina enam menara dan harganya boleh tahan (tinggi). Kita harap dengan pembinaan (menara) ini ia dapat mengangkat semangat orang Islam,” katanya semasa berucap di acara Wacana Perdana bersama Agensi-Agensi Islam Sarawak di sini pada Khamis malam.

Masjid Jamek Negeri Sarawak yang terletak di Petra Jaya, Kuching mula dibina pada 1987 dan siap pada tahun 1990, dengan kapasiti kira-kira 10,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved