Sarawak Cadang Perkenal Sendiri Sistem Peperiksaan Tahun Enam Ala UPSR

1 Nov 2023 • 5:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak bakal perkenal sendiri ujian untuk pelajar tahun enam

Sarawak Cadang Perkenal Sistem Peperiksaan Tahun Enam Ala UPSR. Sarawak berazam membangunkan peperiksaan penilaian khusus bagi Tahun Enam di semua sekolah kerajaan, menurut seorang menteri Sarawak.

Memetik laporan, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Roland Sagah Wee Inn menyatakan bahawa penilaian itu menyerupai Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), yang dimansuhkan Kementerian Pendidikan pada 2021.

Sarawak Cadang Perkenal Sistem Peperiksaan Tahun Enam Ala UPSR. Sumber foto: bernama

“Perkara ini bergantung kepada dasar persekutuan. Bagaimanapun, kami di Sarawak akan berusaha untuk mempunyai sistem penilaian sendiri.

“Ini kerana kita percaya itu satu-satunya kaedah untuk kita mengetahui prestasi sebenar pelajar,” katanya dalam satu program, menurut sumber.

Tidak meletakkan pelajar secara rawak dalam aliran sains atau sastera

Dalam pada itu, Sagah turut menekankan kepentingan penilaian dalam memutuskan sama ada murid terbabit perlu diletakkan dalam aliran sains atau sastera.

Malah, beliau turut berkata, jika meletakkan secara rawak dalam aliran yang tidak bersesuaian, ia akan menambah kesulitan kepada pelajar.

Bagaimanapun, beliau mengakui kerajaan persekutuan menjalankan tinjauan seluruh negara bagi mengumpul pandangan dan input bagi pelan itu.

Untuk makluman, sebelum ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilapor berkata kementerian sedang memberi tumpuan terhadap Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027, bagi membangunkan kurikulum baharu sekolah.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan berita terkini:

https://www.iloveborneo.my/raja-permaisuri-agong-angkat-anak-sindrom-werewolf-sarawak/

https://www.iloveborneo.my/kenali-etnik-kiput-sarawak-suku-kaum-rare/