Sarawak Dijangka Mampu Capai Pengeluaran Kadar Sara Diri Beras Menjelang 2027

28 Apr 2024 • 4:33 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak dijangka tidak perlu lagi bergantung kepada beras import menjelang 2027

Sarawak Dijangka Mampu Capai Pengeluaran Kadar Sara Diri Beras Menjelang 2027. Dilaporkan, Sarawak dijangka mampu mencapai pengeluaran kadar sara diri (SSR) beras menjelang tahun 2027 dan dalam masa yang sama tidak perlu lagi bergantung kepada beras import.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, jangkaan tersebut susulan daripada projek penanaman padi menggunakan benih hibrid yang telah dijalankan di beberapa kawasan di Bumi Kenyalang ini.

image is not available
Sarawak Dijangka Mampu Capai Pengeluaran Kadar Sara Diri Beras Menjelang 2027

Membolehkan Sarawak untuk mengeksport beras

Perkara ini dikatakan membolehkan Sarawak untuk mengeksport beras ke tempat yang lain.

Beliau berkata, dari segi keterjaminan makanan, Sarawak telah melancarkan ekonomi hijau. Di Gedong pula menggunakan cara baharu dalam penanaman padi di mana petani-petani mampu menghasilkan lapan tan padi satu musim.

Dengan cara baharu ini juga, dalam 24 bulan dimana ada lima musim, petani mampu menghasilkan 40 tan padi. Jika kira-kira pada 2026 atau 2027, Sarawak telah mencapai kadar sara diri beras dan tidak perlu mengimport lagi, ujar beliau pada Majlis Ramah-Tamah Aidifitri Daerah Sebuyau yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Dewan Pembangunan Sebuyau, semalam.

image is not available

Kawasan lain yang telah dikenal pasti

Tambah beliau lagi, Sarawak dijangka mampu mencapai SSR kerana projek penanaman padi berkenaan bukan sahaja dilaksanakan di Lubok Punggor, Gedong tetapi juga di kawasan lain yang telah dikenal pasti.

Antaranya adalah di Simunjan, Lundu, Banting serta Lingga yang mampu mengeluarkan beras sekali ganda lebih banyak daripada jumlah yang diimport ketika ini.

Jadi, kita mungkin menjadi pengeksport beras kepada orang lain di luar,” kata beliau.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: