Sarawak eksport nanas ke Singapura: STATOS

17 Feb 2023 • 7:04 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUCHING: Kumpulan pertama sampel 300 biji nanas Sarawak yang dieksport tiba di Singapura awal minggu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS) Chew Chang Guan berkata sampel buah nanas itu telah pun berada dengan peniaga tempatan untuk mereka uji jualannya pasaran.

Beliau berkata permintaan untuk buah-buahan segar di Singapura masih tinggi dan penghantaraan percubaan ini telah berjaya dilakukan dengan sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) dan Harvest Prime Enterprise yang bekerjasama dengan penanam tempatan di Tanjung Manis.

“Penerbangan secara terus penting untuk kedua-dua industri pelancongan dan pembangunan perdagangan antara Singapura dan Sarawak.

“Dengan adanya penerbangan terus baru AirAsia dari Sibu ke Singapura, membolehkan penghantaran hari yang sama secara terus dari pembekal kepada pemborong kami di Singapura,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chew berkata kajian STATOS mendapati buah nanas MD2 hibrid Sarawak merupakan pilihan yang terbaik untuk percubaan ini, kerana ia agak popular dengan pembeli, namun kekurangan bekalan.

Beliau berkata nanas MD2 Sarawak terkenal dengan kemanisan dan keenakannya rendah kadar asid dan mempunyai warna keemasan yang menarik.

Sebagai tambahan katanya, nanas MD2 mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan kurang masalah kerosakan semasa pengangkutan, yang menjadikan ia popular kepada penanam dan juga pembeli.

“Kami menjangkakan akan menerima lebih banyak tempahan dari Singapura, dengan rantaian bekalan berpotensi telahpun dibangunkan.

“Kerjasama ini merupakan langkah pertama yang penting bagi menyokong lebih banyak pengeluar Sarawak memasuki pasaran eksport,” katanya. -Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved