Sarawak hargai persetujuan tambah kerusi parlimen

LocalPolitics
17 Nov 2025 • 5:14 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Premier Sarawak sambut baik persetujuan prinsip kerajaan pusat untuk tambah kerusi parlimen negeri itu, sedia rundingan lanjut.

KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyambut baik persetujuan secara prinsip Kerajaan Persekutuan untuk menambah bilangan kerusi Parlimen bagi negeri itu.

Beliau berkata cadangan meningkatkan kerusi hingga satu pertiga daripada keseluruhan kerusi Parlimen adalah bidang kuasa penuh Kerajaan Persekutuan.

“Kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersetuju menambahkan kerusi Parlimen… sama ada dapat memenuhi satu pertiga, nanti kita akan runding,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Integriti Bank Pembangunan Sarawak.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata kerajaan secara dasarnya bersetuju menambah bilangan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak mengambil kira jumlah pengundi di kedua-dua negeri.

Beliau menjelaskan bahawa tiada komitmen untuk meningkatkan jumlah itu hingga satu pertiga daripada keseluruhan kerusi.

Pada masa ini, Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai 25 dan 31 kerusi Parlimen. – Bernama