Sarawak, Indonesia jalin kerjasama bangun empangan hidroelektrik di Nusantara

LocalPolitics
12 Feb 2023 • 8:35 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUCHING: Sarawak bakal menjalin kerjasama dengan Indonesia untuk membangunkan empangan hidroelektrik di Nusantara, yang merupakan ibu kota baharu negara itu.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (gambar) berkata perkara itu masih di peringkat kajian.

“Ini membuktikan Sarawak berjaya melebarkan pengaruhnya dan menjalin kerjasama dengan negara-negara lain atas keyakinan mereka terhadap dasar kita,” katanya semasa berucap pada majlis apresiasi Gabungan Parti Sarawak sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di sini malam semalam.

Beliau berkata selain Indonesia, Sarawak akan memperkukuh kerjasama dengan negara jiran lain termasuk Brunei terutama dalam usaha menambah baik jaringan jalan raya.

“Untuk kerjasama dengan Singapura pula, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyokong usaha Sarawak untuk menjual tenaga elektrik kepada republik itu,” katanya. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved