Sarawak Kaji Penggunaan Sanga Sebagai Bahan Binaan Jalan

7 Aug 2023 • 8:19 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Inisiatif baru dari Kerajaan Sarawak

Sarawak Kaji Penggunaan Sanga Sebagai Bahan Binaan Jalan. Sarawak melihat terdapat potensi dalam penggunaan sanga, bahan sampingan daripada peleburan bijih logam untuk pembinaan jalan di masa hadapan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah.

Beliau telah melakukan lawatan rasmi ke Jepun untuk mempelajari teknologi pembuatan jalan di negara tersebut, dan beliau menyatakan bahawa Sarawak akan merangka garis panduan penggunaan sanga sebagai bahan binaan jalan.

image is not available
Sarawak Kaji Penggunaan Sanga Sebagai Bahan Binaan Jalan. Kredit: Astro Awani

Projek pembinaan jalan di Samalaju, Bintulu akan berfungsi sebagai projek rintis bagi inisiatif ini.

Di Sarawak sanga dihasilkan oleh industri ferroaloi di Taman Industri Samalaju, Bintulu mencecah 100,000 tonne setahun dan diklasifikasikan sebagai bahan buangan.

Kami di sini untuk memahami proses penggunaan sanga dalam bentuk kesesuaian, ketahanan dan keselamatannya”.

Kami juga mahu tahu jumlah kelebihan berbanding dalam penjimatan kos dan lain-lain ke arah masa depan yang lebih mampan.

image is not available

Ini adalah selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk mencapai kesambungan 100 peratus jalan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan selepas melawat Bahagian Pengurusan Pembinaan Jabatan Pembangunan Tanah di Wilayah Chiba Jepun semalam.

Beliau berkata sanga digunakan dalam radius 40 kilometer sebuah kilang keluli, merangkumi pembinaan jalan melibatkan Wilayah Chiba yang mempunyai kepakaran bertahun-tahun dalam pembangunan jalan raya.

Baca lagi artikel menarik: