Sarawak kerjasama dengan EU dalam sektor pengeluaran tenaga

15 Feb 2024 • 9:46 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUCHING: Sarawak akan bekerjasama dengan Negara Kesatuan Eropah (EU) dalam sektor pengeluaran tenaga bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerjasama tersebut akan melibatkan pembangunan dari segi teknologi terutamanya dalam penghasilan hidrogen.

“Seiring dengan kemajuan teknologi yang akan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga fosil yang kosnya sentiasa meningkat, saya yakin kos penghasilan hidrogen kelak akan menjadi lebih murah dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Meskipun hanya sebuah negeri dalam Malaysia, isu pemanasan global ini tetap diambil peduli dan Sarawak turut mahu ada tanggungjawab bersama untuk membantu mengurangkan pengeluaran karbon dan perubahan iklim yang telah merekodkan suhu tertinggi dalam sejarah pada tahun lepas,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perlancaran Invest Sarawak dan Hari Perniagaan di sini yang turut dihadiri lebih 400 tetamu termasuk menteri Kabinet negeri, wakil perniagaan serta 23 delegasi daripada EU. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved