Sarawak Larang Kenderaan Barangan Di Jalan Raya Semasa Aidilfitri

12 Mar 2025 • 1:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hal ini bagi memastikan kelancaran trafik di jalan raya

Sarawak Larang Kenderaan Barangan Di Jalan Raya Semasa Aidilfitri. Dilaporkan, Sarawak akan melaksanakan larangan ke atas kenderaan barangan sepanjang tempoh Hari Raya Aidilfitri sebagai usaha memastikan kelancaran lalu lintas dan meningkatkan keselamatan jalan raya, selaras dengan inisiatif kerajaan persekutuan.

image is not available
Sarawak Larang Kenderaan Barangan Di Jalan Raya Semasa Aidilfitri. Sumber gambar: Utusan Malaysia

Kerjasama dengan JPJ untuk laksana sekatan ini

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan sekatan ini, dengan butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kami sedang berkoordinasi dengan JPJ dan mereka akan mengeluarkan notis rasmi,” katanya dalam sidang media hari ini.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved