Sarawak Mahu Acara Pembukaan Sukan SEA 2027 Berlangsung Di Kuching

27 Aug 2024 • 7:13 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak Mahu Acara Perasmian Sukan SEA 2027 Diadakan di Kuching

Sarawak Mahu Acara Pembukaan Sukan SEA 2027 Berlangsung Di Kuching. Sarawak bercadang untuk menganjurkan acara perasmian Sukan SEA 2027 di Kuching, selaku penganjur bersama temasya sukan tersebut.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, perkara ini telah pun dibawa ke mesyuarat kabinet Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan keputusan muktamad.

image is not available

Upacara Penutupan Sukan SEA 2027 Masih Terbuka untuk Perbincangan

Bagaimanapun, Abdul Karim menjelaskan bahawa upacara penutupan Sukan SEA 2027 masih terbuka untuk perbincangan dan boleh diadakan di Kuala Lumpur atau mana-mana lokasi lain yang difikirkan sesuai oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau turut memaklumkan bahawa pembahagian venue bagi acara sukan akan dibincangkan dengan lebih terperinci. Sebanyak 18 daripada 36 acara sukan dicadangkan untuk diadakan di Kuching. Abdul Karim percaya bahawa keputusan untuk menganjurkan Sukan SEA di beberapa bandar di Malaysia akan membawa manfaat ekonomi yang besar, terutama dari segi peningkatan pelancongan dan perbelanjaan tempatan.

Beliau juga merujuk kepada kejayaan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang diadakan di Sarawak baru-baru ini. Acara tersebut dibahagikan ke sembilan lokasi dan telah menunjukkan impak ekonomi positif di semua kawasan yang terlibat.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menjadikan Sarawak sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027. Keputusan ini dibuat berikutan kejayaan dan kemampuan Sarawak dalam menganjurkan SUKMA 2024 yang dianggap terbaik pernah diadakan.

Baca juga artikel menarik di bawah: