Sarawak Mendominasi Boling Perseorangan Wanita Pada SUKMA 2022

19 Sep 2022 • 8:03 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syabas diucapkan kepada para etlet kita!

Sarawak Mendominasi Boling Perseorangan Wanita Pada SUKMA 2022. Sarawak mendominasi pertandingan boling perseorangan wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 selepas dua atlet negeri itu membawa pulang pingat emas dan perak di Sunway Mega Lanes.

Pemain pertama Sukma, Lavinia Kho memulakan kempennya yang menakjubkan selepas berjaya bawa pingat emas acara perseorangan wanita di Sunway Megalanes, Subang — menghadiahkan pasukan boling Sarawak dengan emas pertama mereka.

image is not available
Sarawak Mendominasi Boling Perseorangan Wanita Pada SUKMA 2022. Sumber: BERNAMA

Pemain berusia 17 tahun dari Kuching

Lavinia Kho Jia Jie, yang membuat penampilan sulung di Sukan Asia ini, mengatasi rakan sepasukannya dengan 1,271 jatuhan pin, dan manakala Nur Hafizah Ramli berjaya memenangi pingat perak dengan 1,268 jatuhan pin.

Atlet Selangor Nur Nais Falilnesa Isman dipintas Lavinia pada saat akhir dan terpaksa melalui 1,263 pin untuk meraih gangsa.

Antara pencabar utama saya hari ini (semalam) adalah Gillian Lim kerana dia adalah atlet kebangsaan selain saingan daripada Hazirah. Secara jujur, sasaran awal saya adalah untuk berada dalam kelompok 10 teratas”

Menurut laporan media tempatan, Lavinia juga akan bertanding dalam acara trio wanita, Master, beregu, beregu campuran dan berpasukan.

image is not available
Sumber: BHarian

Lagi info menarik, baca pautan di bawah: