Sarawak Perkenal Peperiksaan Penilaian Baharu Untuk Murid Tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan 5

2 Dec 2024 • 11:43 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Adakah masa depan pendidikan pelajar lebih cerah?

Sarawak Perkenal Peperiksaan Penilaian Baharu Untuk Murid Tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan 5. Sarawak bakal melakar sejarah baharu dalam dunia pendidikan apabila memperkenalkan peperiksaan penilaian untuk murid Tahun 6, Tingkatan 3, dan Tingkatan 5. Inisiatif ini bertujuan memperkukuhkan kualiti pendidikan dan menyediakan pelajar menghadapi cabaran masa depan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata langkah ini penting memandangkan sistem kenaikan automatik yang kini diamalkan di sekolah, menurut laporan media tempatan.

image is not available
Sarawak Perkenal Peperiksaan Penilaian Baharu Untuk Murid Tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan 5. Gambar sekadar hiasan

Saya telah mengarahkan Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, untuk mengumumkan bahawa pelajar di peringkat ini perlu menduduki peperiksaan penilaian,” katanya semasa Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Gedong di Hotel Raia.

Apa Matlamat Sebenar Peperiksaan Ini?

Peperiksaan ini bukan sekadar untuk “menghukum” pelajar, tetapi lebih kepada menilai tahap akademik mereka dan mengenal pasti kekurangan yang perlu diberi perhatian. Contohnya, pelajar yang memerlukan bimbingan tambahan akan disediakan kelas khas.

Ini juga bertujuan memastikan pelajar lebih bersedia, terutama dalam subjek kritikal seperti kimia dan matematik, yang relevan dengan industri masa depan seperti aeroangkasa dan tenaga hidrogen.

Kerjasama dengan Cambridge University

Berita menariknya, peperiksaan ini akan digubal dengan standard Cambridge, menerusi kerjasama dengan Cambridge University Press and Assessment. Ini adalah langkah strategik untuk menilai pengetahuan pelajar dengan lebih efektif dan selaras dengan piawaian global.

Transformasi Pendidikan Demi Masa Depan

Langkah ini menunjukkan komitmen Sarawak dalam menyediakan pelajar untuk cabaran dunia moden. Tidak dinafikan, perubahan ini akan memberi impak besar kepada ekosistem pendidikan, tetapi semuanya dilakukan demi kebaikan generasi muda.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai sijil peperiksaan tersebut bakal miliki cop ‘mahal’ Cambridge: