Sarawak Sedia Jadi Hos Konsert Artis Antarabangsa Di Malaysia

22 Jun 2023 • 6:58 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak sedia jadi tuan rumah konsert antarabangsa dengan garis panduan sendiri

Sarawak Sedia Jadi Hos Konsert Artis Antarabangsa Di Malaysia. Sarawak bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran konsert antarabangsa di Malaysia selagi mematuhi peraturan dan undang-undang, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau menyatakan bahawa seperti Festival Muzik Borneo Live yang berlangsung tahun lalu dengan penyertaan superstar antarabangsa Alan Walker dan DJ Soda, Sarawak memastikan konsert tersebut dapat dijalankan dengan teratur.

image is not available
Sarawak Sedia Jadi Hos Konsert Artis Antarabangsa Di Malaysia. Kredit: Utusan Borneo

“Kehadiran orang ramai dalam festival itu melebihi jangkaan kami. Oleh itu, kami tidak boleh menggeneralisasikan seluruh Malaysia sebagai sama.

“Terdapat banyak acara yang kami anjurkan di sini yang tidak begitu ketat dalam hal pakaian, selagi tidak berbogel,” katanya dalam sesi media selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2023 di sini, pada hari ini.

image is not available

Beliau diminta memberikan ulasan mengenai laporan berita yang menyatakan bahawa Malaysia kehilangan “loteri ekonomi” setelah kumpulan popular British, Coldplay, mengumumkan lawatan mereka selama enam hari di Singapura pada 23, 24, 26, 27, 30, dan 31 Januari tahun depan.

Di Malaysia, satu-satunya konsert Coldplay di Kuala Lumpur pada 22 November mendapat tentangan, antara lain oleh PAS, dengan dakwaan bahawa ia mempunyai kaitan dengan komuniti LGBT.

Abdul Karim menyatakan bahawa walaupun Singapura agak terbuka, terdapat had-had yang perlu diikuti oleh penghibur dan penonton konsert dalam kebebasan tersebut.

image is not available

“Jika ada penampilan berbogel, akan ditangkap. Hal yang sama berlaku untuk pengambilan dadah, akan ditangkap juga. Di sini juga begitu.

“Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan melaksanakan undang-undang. Konsert antarabangsa boleh dijalankan di sini,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: