Sarawak selidik olah kanji jadi nasi

13 May 2024 • 1:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUCHING - Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Bagaimanapun, beliau berkata, tidak akan terlalu cepat untuk penyelidikan itu menghasilkan keputusan pasti yang boleh menentukan kebolehlaksanaan untuk ia dikomersialkan.

"Belum lagi (di peringkat komersial). Ia masih dalam peringkat penyelidikan makmal tetapi ia adalah satu kejayaan di mana mereka mendapati bahawa salah satu produk yang boleh dihasilkan daripada kanji sagu ini ialah menukarkannya menjadi beras,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin.

Terdahulu ketika menggulung perbahasan untuk kementeriannya, beliau berkata, penyelidikan itu dijalankan oleh sebuah syarikat milik kerajaan negeri, CRAUN Research Sdn Bhd, dengan hasrat untuk mempelbagaikan produk sagu dan menyediakan peluang untuk menangani isu keselamatan makanan.

"Nasi sebagai makanan ruji kita kini boleh dirumus menggunakan kanji daripada sagu. Jika anda tidak mempunyai deria rasa yang tajam, anda tidak akan dapat bezakan antara nasi biasa dan nasi kanji sagu,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved