
Sarawak Senior Citizen Health Benefit (SCHB) 2026 – Panduan Lengkap
Kerajaan Sarawak meneruskan komitmen terhadap kebajikan golongan warga emas melalui pelaksanaan Sarawak Senior Citizen Health Benefit (SCHB) bagi tahun 2026.
Inisiatif ini diwujudkan bagi memastikan rakyat berusia lanjut mempunyai akses kepada rawatan kesihatan asas tanpa beban kewangan yang tinggi. Khususnya bagi mereka yang bergantung kepada pendapatan isi rumah terhad.
Melalui skim ini, penerima yang layak akan menerima had manfaat sehingga RM500 setahun untuk mendapatkan rawatan pesakit luar secara tanpa tunai di klinik panel yang berdaftar di seluruh Sarawak.
Program ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos rawatan harian seperti pemeriksaan kesihatan, ubat-ubatan atau konsultasi doktor malah menjadi pelengkap kepada jaringan perlindungan sosial negeri bagi warga emas yang tidak mempunyai skim manfaat rawatan lain.
Dengan pendekatan pembayaran tanpa tunai melalui integrasi Sarawak ID dan SPay Global, skim ini turut menyokong agenda digitalisasi perkhidmatan kerajaan negeri. Ianya sekali gus memudahkan proses semakan, penggunaan serta pengurusan baki manfaat kesihatan.
Apa itu Senior Citizen Health Benefit (SCHB) Sarawak?
Senior Citizen Health Benefit (SCHB) Sarawak ialah inisiatif kerajaan negeri yang diperkenalkan khusus untuk menyokong kesejahteraan kesihatan warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Melalui skim ini, penerima yang layak akan menerima had manfaat tahunan sehingga RM500 untuk rawatan pesakit luar di klinik panel berdaftar secara tanpa tunai.
Pembayaran akan ditolak terus daripada akaun SPay Global yang dipautkan kepada Sarawak ID (S-ID).
Skim ini bertujuan mengurangkan beban kos rawatan harian, memudahkan akses kepada pemeriksaan kesihatan asas dan ubat-ubatan serta mendorong pemeriksaan berkala supaya penyakit dapat dikesan awal.
SCHB terbuka kepada warga Sarawak yang tidak menerima manfaat pesakit luar daripada agensi lain. Ia juga akan menjadi perlindungan kesihatan asas yang praktikal dan inklusif bagi golongan berusia.
Jumlah manfaat dan cara penggunaan
Di bawah skim SCHB 2026, setiap penerima akan menikmati nilai perlindungan kesihatan sebanyak RM500 bagi tempoh setahun. Had ini digunakan khusus untuk rawatan pesakit luar di klinik panel yang dilantik.
Transaksi rawatan juga akan dibuat secara tanpa tunai melalui potongan automatik daripada akaun manfaat kesihatan penerima.
Had manfaat ini akan diperbaharui setiap tahun. Lazimnya bermula pada 1 Januari dan baki semasa boleh disemak melalui portal rasmi Service Sarawak.
Keadaan ini akan memberi peluang kepada warga emas merancang penggunaan manfaat dengan lebih teratur. Contohnya bagi pemeriksaan berkala, rawatan simptom ringan atau pengambilan ubat susulan.
Syarat kelayakan penerima SCHB
Skim ini disasarkan kepada warga emas Sarawak yang benar-benar memerlukan sokongan kewangan bagi rawatan kesihatan asas. Antara syarat kelayakan utama termasuklah:
- Warganegara Malaysia dengan status “K” pada MyKad sebagai pengesahan penduduk Sarawak.
- Berumur 60 tahun ke atas pada tarikh permohonan.
- Mempunyai pendapatan isi rumah RM7,000 sebulan atau lebih rendah.
- Tidak menerima sebarang manfaat pesakit luar daripada agensi lain.
Penetapan syarat ini akan memastikan bantuan diagihkan kepada kumpulan sasaran yang paling memerlukan. Terutamanya warga emas daripada kategori B40 dan M40 yang masih menanggung pelbagai kos kehidupan harian.
Cara menyemak kelayakan dan membuat permohonan
Semakan kelayakan serta permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal Service Sarawak. Pengguna hanya perlu mendaftar dan log masuk menggunakan Sarawak ID (S-ID) bagi membolehkan akses kepada rekod status permohonan, maklumat kelayakan serta paparan baki manfaat kesihatan tahunan.
Selain itu, skim ini dihubungkan dengan SPay Global sebagai platform e-wallet rasmi bagi pengurusan transaksi tanpa tunai di klinik panel.
Integrasi ini akan memudahkan proses tuntutan kerana penerima tidak perlu membawa tunai atau membuat bayaran pendahuluan. Sebaliknya caj rawatan akan terus ditolak daripada had RM500 yang diperuntukkan.
Bagi warga emas yang kurang mahir menggunakan perkhidmatan digital, ahli keluarga atau penjaga boleh membantu dalam urusan pendaftaran dan semakan melalui akaun Sarawak ID yang sah.
Panduan menggunakan manfaat SCHB di klinik panel
Prosedur penggunaan manfaat adalah mudah dan mesra pengguna. Penerima hanya perlu:
- Menyemak kelayakan dan baki manfaat melalui portal Service Sarawak.
- Pilih mana-mana klinik panel berdaftar di sekitar kawasan tempat tinggal.
- Tunjukkan MyKad dan Sarawak ID semasa pendaftaran di kaunter klinik.
- Kos rawatan akan ditolak secara automatik daripada had RM500 tahunan melalui SPay Global tanpa memerlukan bayaran tunai.
Kaedah ini membantu mengurangkan kerumitan proses pembayaran. Ianya sekaligus memastikan warga emas menerima rawatan segera tanpa kebimbangan mengenai kos konsultasi atau ubat-ubatan asas.
Senarai penuh klinik panel
Untuk melihat senarai penuh klinik panel yang mengambil bahagian dalam skim ini, sila klik pautan ini dan buat semakan terus di portal rasmi.
Pautan ini akan membawa anda ke senarai klinik panel yang sah. Ianya akan memudahkan anda memilih klinik berdaftar berhampiran untuk menggunakan manfaat Sarawak Senior Citizen Health Benefit (SCHB) 2026 tanpa tunai.
Pelaksanaan SCHB 2026 telah memberikan pelbagai manfaat penting kepada komuniti warga emas di Sarawak.
Khususnya dalam membantu mengurangkan beban kos rawatan kesihatan harian yang selama ini menjadi antara komitmen kewangan utama bagi golongan berusia.
Melalui kemudahan rawatan pesakit luar tanpa tunai, warga emas kini lebih berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sekali gus membantu mengesan masalah kesihatan pada peringkat awal sebelum menjadi lebih serius.
Skim ini juga membuka akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan rawatan di klinik panel berhampiran tempat tinggal. Ianya menjadikan proses mendapatkan rawatan lebih cepat, selesa dan praktikal.
Secara keseluruhannya, SCHB 2026 bukan sahaja menyokong kesejahteraan hidup warga emas berpendapatan terhad malah mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan golongan berusia tidak terpinggir daripada akses kesihatan asas yang berkualiti dan inklusif.
BACA : 7 Kesilapan Pakai Perfume Yang Buat Wangian Cepat Hilang
The post Sarawak Senior Citizen Health Benefit (SCHB) 2026 appeared first on Siakap Keli.



