Sarawak serah isu kawal selia petroleum Petronas kepada mahkamah

LocalPolitics
13 Jan 2026 • 4:13 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Premier Sarawak tiada komen, serahkan kepada mahkamah tentukan permohonan Petronas untuk kejelasan kerangka kawal selia operasi petroleum di negeri itu

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan permohonan Petronas mengenai kerangka kawal selia operasi petroleum di negeri itu.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu melibatkan kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

“Saya tiada komen. Mereka berkehendakkan direction daripada mahkamah, jadi biarkan mahkamah menentukan,” katanya kepada pemberita.

Beliau menyifatkan langkah Petronas itu sebagai perkara biasa bagi mendapatkan kejelasan undang-undang.

Abang Johari berkata pendekatan itu selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang.

“Kita tengok bagaimana keputusan mahkamah. Biar mereka tentukan, kita ikutlah rule of law,” katanya.

Petronas memfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya untuk mendapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia operasi petroleum di Sarawak.

Pihak responden yang dinamakan ialah kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

“Permohonan berkenaan difailkan dengan tujuan memastikan Petronas terus beroperasi selaras dengan kerangka kawal selia serta amalan tadbir urus yang baik,” menurut kenyataan syarikat.

Permohonan itu tidak bertujuan mencabar aspirasi pembangunan Sarawak atau menghalang peranan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Keputusan memfailkan usul itu dibuat susulan perbincangan dan rundingan sejak 2024 bersama Petros serta kedua-dua kerajaan.