Sarawak Terima Bekalan Tambahan 1.5 Juta Liter Diesel

30 Dec 2023 • 3:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari

Sarawak Terima Bekalan Tambahan 1.5 Juta Liter Diesel. Sarawak menerima kira-kira 1.5 juta liter bekalan diesel tambahan semalam berikutan beberapa stesen minyak di Sarawak kehabisan bekalan, baru-baru ini.

Menurut laporan, dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata bahan api itu dihantar oleh Petronas Dagangan Berhad.

image is not available
Sarawak Terima Bekalan Tambahan 1.5 Juta Liter Diesel. Sumber foto: sinarharian

“KPDN akan terus memantau dan memeriksa status bekalan,” katanya.

Pada Rabu, Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata Petronas Dagangan Berhad akan menghantar diesel tambahan ke Sarawak dalam masa dua hari berikutan stesen milik Petronas di negeri itu kehabisan bekalan.

Berpunca daripada pihak tidak bertanggungjawab

Kekurangan bekalan diesel bersubsidi di Sarawak diketengahkan oleh Pengerusi DAP negeri itu, Chong Chieng Jen pada Isnin, yang menyatakan bahawa keadaan itu telah berlaku sejak dua minggu lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata kekurangan itu disebabkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan diesel subsidi untuk tujuan perindustrian, yang menyebabkan kuota untuk penggunaan awam kehabisan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/hailak-gelisah-diesel-sarawak-terputus-bekalan/

https://www.iloveborneo.my/diesel-subsidi-bersasar-reaksi-hilux-sarawak/

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved