
KUCHING: Sarawak tidak melihat keperluan untuk menerimaguna tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada campuran tenaganya memandangkan sumber tenaga boleh diperbaharui yang banyak di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata situasi Sarawak amat berbeza dengan Semenanjung Malaysia yang masih banyak bergantung kepada penjanaan tenaga arang batu dan kini sedang meneroka alternatif lain termasuk tenaga nuklear.
“Semenanjung Malaysia sedang mencari sumber tenaga yang sesuai kerana mereka masih menggunakan arang batu. Arang batu bukanlah satu teknologi untuk menjana tenaga; ia hanyalah sumber. Jadi mereka sedang mencari pilihan, salah satunya ialah tenaga nuklear,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Abang Johari berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof baru-baru ini bahawa Malaysia akan mengkaji prospek tenaga nuklearnya sebagai salah satu sumber kuasa berpotensi.
“Saya percaya Timbalan Perdana Menteri kita (Fadillah) berhak untuk meneroka teknologi nuklear, khususnya bagi Semenanjung Malaysia. Tetapi di Sarawak, kita sudah ada hidro, loji kitar gabungan gas dan solar.
Berdasarkan sumber ini, kita tidak memerlukan tenaga nuklear,” katanya selepas merasmikan Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2025 di Pusat Konvensyen Borneo, Selasa.
Abang Johari berkata Sarawak kini memberi tumpuan kepada penjanaan tenaga bersih dan boleh diperbaharui serta menetapkan sasaran tinggi berdasarkan sumbernya yang tersedia.
“Kita mensasarkan 10 gigawatt menjelang 2030 dan 15 gigawatt menjelang 2035. Berdasarkan unjuran semasa, ini boleh dicapai melalui tenaga hidro, solar dan gas kita,” katanya.
Abang Johari berkata Sarawak sudah pun bekerjasama dengan syarikat tenaga boleh diperbaharui, khususnya dalam sektor solar dan akan terus menambah kapasiti selaras dengan kemajuan teknologi.
“Sarawak akan menjadi hab tenaga boleh diperbaharui. Jadi, tenaga nuklear tidak relevan buat masa ini kerana kita mempunyai sumber kita sendiri.”
Beliau turut menyatakan minat jangka panjang Sarawak terhadap teknologi baru muncul seperti tenaga pelakuran (fusion), yang menurutnya boleh menawarkan alternatif lebih selamat dan murah berbanding tenaga nuklear.
“Salah satu teknologi yang sedang dibangunkan sekarang ialah tenaga pelakuran, yang menggunakan molekul hidrogen untuk menjana tenaga. Ia mungkin lebih murah dan selamat berbanding nuklear, malah menghasilkan air hidrogen. Ini memberi kita kelebihan strategik,” katanya.
Bagaimanapun, Premier itu menegaskan kepentingan penyelidikan menyeluruh dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.
“Kita tunggu dulu. Kita buat kajian. Tak perlu gopoh. Kita ada rancangan. Tapi akhirnya, kita perlukan penyelesaian kepada masalah iklim.”
Abang Johari turut menekankan keseriusan pemanasan global, sambil merujuk gelombang haba melampau di China dan Jepun yang mencecah lebih 42°C, dan memberi amaran bahawa peningkatan suhu berterusan boleh mengancam kelangsungan hidup manusia.
“Itulah sebabnya kita mencari penyelesaian. Tapi Alhamdulillah, Kerajaan kita, negara kita dan rakyat kita komited kepada alam sekitar. Kuncinya adalah teknologi,” katanya.



