Sarawak United Dikenakan Sekatan Perpindahan Pemain Kerana Gagal Lunas Gaji

12 Jul 2022 • 1:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Malang buat pendatang baharu Liga Super ini.

Sarawak United Dikenakan Sekatan Perpindahan Pemain Kerana Gagal Lunas Gaji. Sarawak United Dikenakan Sekatan Perpindahan Pemain Kerana Gagal Lunas Gaji. Kelab bolasepak Sarawak United FC kini menghadapi musim yang memeritkan apabila tidak dibenarkan menukar pemain untuk 3 jendela perpindahan.

Perkara ini dilaporkan menerusi sebuah akhbar digital tempatan hari ini.

image is not available
Sarawak United Dikenakan Sekatan Perpindahan Pemain Kerana Gagal Lunas Gaji

Sekatan perpindahan pemain selama tiga jendela

Sekatan perpindahan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ini melarang kelab bolasepak ini untuk proses pemindahan pemain tempatan dan juga pemain asing.

Hal ini adalah akibat daripada isu tunggakan bayaran gaji yang dihadapi oleh bekas pemain Sarawak United FC, Sandro Da Silva yang kini menuntut jumlah keseluruhan gaji dan pampasan tertunggak sebanyak RM 150,000.

Desas-desus ini akhirnya disahkan oleh peguam Sandro, Mohd Zhafri Aminurashid kepada pemberita semalam.

image is not available
Sandro Da Silva. Sumber gambar: Sarawak United FC

Sudah diberikan masa sehingga 18 Jun, namun tiada sebarang bayaran dibuat

Pengurusan Sarawak United FC sebelum ini diberikan masa oleh FIFA selama 45 hari bagi melunaskan bayaran tersebut namun masa yang diberikan telah tamat pada 18 Jun lalu. Sehingga kini, tiada apa-apa bayaran disalurkan bagi menangani isu berkenaan.

Oleh yang demikian, kelab Sarawak yang kini menduduki tangga kesembilan daripada dua belas pasukan terpaksa berpuas hati dengan barisan pemain yang sedia ada sehingga tiga tempoh pendaftaran pemain berturut-turut.

FIFA tidak mempunyai pilihan selain mengenakan hukuman ini dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memastikan agar hukuman ini dilaksanakan di peringkat kebangsaan.

Boleh dikenakan hukuman lebih keras jika masih berlarutan

Mengulas lanjut, Zhafri memberitahu bahawa Sarawak United boleh dikenakan hukuman yang lebih berat selagi mereka tidak melunaskan tunggakan gaji dan pampasan untuk Sandro Da Silva. Antaranya seperti penolakan mata atau sekatan untuk mendaftarkan pemain.

Harap kemelut ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin oleh Sarawak United bagi memastikan prestasi kelab dan pemain dapat dipertingkatkan.

Pemain hangat Harimau Malaya, Dion Cools rupanya anak kelahiran Sarawak. Check it out: