Saringan Sugandoi Kaamatan Tuaran 21 April ini

16 Apr 2024 • 12:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

BAHANG Pertandingan Sugandoi Kaamatan kian terasa apabila beberapa daerah sudah pun memulakan sesi pemilihan.

Jawatankuasa Penyelaras Pertandingan Sugandoi Daerah Tuaran 2024 mengumumkan 21 April (Ahad) ini sebagai tarikh saringan bagi daerah tersebut.

Pengerusinya, yang juga Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging, berkata, sama seperti tahun sebelumnya, Sugandoi Kaamatan dibuka kepada tiga kategori iaitu Terbuka, Dazanak dan Songkotoun.

Ketika ini, 30 peserta sudah pun mendaftar untuk kategori Terbuka, tiga bagi kategori Dazanak, manakala hanya satu pendaftaran diterima bagi kategori Songkotoun.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Justeru, beliau menyeru semua peminat seni nyanyian untuk memeriahkan sesi saringan tersebut, dan mengambil peluang menyerlahkan bakat mereka, sekali gus menjadi wakil Daerah Tuaran bagi ketiga-tiga kategori berkenaan.

Menurut Herman, penyertaan Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2024 juga tertakluk kepada syarat-syarat peringkat Negeri seperti; peserta hendaklah seorang Warganegara Malaysia dari suku kaum KadazanDusun atau salah satu ibu/bapa atau Datuk/Nenek merupakan seorang KadazanDusun.

Selain itu, mana-mana peserta yang pernah memenangi gelaran Johan Sugandoi Dazanak, Sugandoi Terbuka atau Sugandoi Songkotoun Kaamatan Peringkat Negeri pada tahun-tahun sebelumnya, juga tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.

Umur bagi kategori Sugandoi Terbuka ialah 17 tahun ke atas, Songkotoun (60 tahun ke atas), dan Dazanak (12 tahun ke bawah).

Hadiah bagi kategori Sugandoi Terbuka adalah wang tunai RM2,000, Naib Juara (RM1,500), Ketiga (RM1,000) dan Keempat (RM800), manakala Anugerah Persembahan Terbaik akan menerima wang tunai RM400, sementara saguhati bakal menerima RM300.

Hadiah Juara Sugandoi Dazanak adalah sebanyak RM800, Naib Juara (RM600), Ketiga (RM500), Persembahan Terbaik (RM300) dan Saguhati (RM200).

Manakala wang tunai RM1000 pula bakal menanti Juara Sugandoi Songkotoun, Naib Juara (RM800), Ketiga (RM600), Persembahan Terbaik (RM300) dan Saguhati (RM200).

Yuran Pendaftaran Sugandoi Terbuka dan Sugandoi Dazanak adalah RM30, manakala yuran Sugandoi Songkotoun RM20.

Daerah Tuaran telah berjaya melahirkan Juara Sugandoi Terbuka Peringkat Negeri Sabah sebelum ini seperti Rozza Rothman (Juara Bintang Kaamatan Peringkat Negeri 1995), Apprilissa Sue Ann (Juara Sugandoi Negeri 2015), Jacinda Faye (Juara Sugandoi Terbuka Peringkat Negeri 2016), dan Jesse Amanda (Juara Sugandoi Dazanak Peringkat Negeri Kategori 2022).

Mereka yang berminat boleh mendaftar secara online atau pun hadir pada 21 April ini di Dewan Masyarakat Tun Hamdan bermula jam 10 pagi.

Sebarang maklumat lanjut hubungi Dickler Mailson (0128016257), Rozza Rothman (0168249277), Priscilla Menson (0168582107) dan Anati Ag Bair (0149521880).

Untuk rekod, tuan rumah bagi Pesta Kaamatan Peringkat Negeri pada tahun ini ialah Ranau bertemakan “Kaamatan, Melangkaui Keterjaminan Makanan atau dalam bahasa kadazan-dusunnya, “Kaamatan, Poingalib Kohimaganan Taakanon.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article