Sarjan Alang Dalam ‘Kenangan’, Polis Rampas Uniform PDRM Bagi Elak Kekeliruan Orang Ramai

LocalPolitics
16 Apr 2025 • 3:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Sarjan Alang, sering dilihat mengenakan pakaian menyerupai anggota polis dan menjalankan ‘sekatan jalan raya’ secara spontan di sekitar Meru, Klang, telah dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis susulan penularan sebuah video berkaitan tindakannya.

Menurut pemilik akaun Facebook Eone Psyco, individu tersebut tidak lagi dibenarkan meneruskan aktiviti berkenaan selepas pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut terhadapnya.

image is not available

Kami telah membuat rayuan agar beliau dibenarkan meneruskan aktiviti tersebut, namun permintaan itu telah ditolak oleh pihak polis.

Pakaian Seragam dan Kelengkapan Dirampas

Pihak polis turut memaklumkan bahawa Sarjan Alang dilarang sama sekali untuk mengenakan pakaian seragam menyerupai anggota polis mahupun menjalankan sebarang aksi yang boleh ditafsirkan sebagai meniru tugas penguat kuasa. Kesemua pakaian dan kelengkapan yang digunakan oleh beliau kini telah dirampas dan berada dalam simpanan polis bagi tujuan siasatan lanjut.

image is not available

Kenyataan tersebut juga menjelaskan bahawa Sarjan Alang merupakan seorang individu istimewa yang menyimpan impian untuk menjadi anggota polis, namun hasrat tersebut tidak dapat direalisasikan atas faktor tertentu.

Sarjan Alang ini anak istimewa. Cita-citanya memang ingin menjadi anggota polis tetapi apakan daya (tidak kesampaian). Jika tiada aduan, pihak polis biasanya tidak bertindak, namun selepas desakan dari segelintir netizen, pihak polis terpaksa mengambil tindakan.

Sebagai alternatif, pihak yang menguruskan Sarjan Alang sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan watak baharu yang lebih sesuai, seperti ‘detektif’, dalam usaha menyesuaikan minat beliau dengan batasan yang ditetapkan oleh undang-undang.

image is not available

Pihak terbabit turut merakamkan penghargaan kepada semua yang telah menyokong dan mendoakan Sarjan Alang, selain menyeru masyarakat agar lebih peka dan berhati-hati dalam menyebarkan kandungan melibatkan individu istimewa.

Sarjan Alang sebelum ini menjadi perhatian masyarakat tempatan apabila beliau kerap dilihat menjalankan ‘sekatan jalan raya’ dalam pakaian menyerupai anggota polis, dengan pendekatan yang unik dan menghiburkan di kawasan sekitar Meru, Klang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 hours ago

"Marilah Beringat Untuk Berbuat Baik.." - Individu Hina Dr Malar Berkenaan Isu Vaksin Secara Melampau Dilaporkan Ma*t Ketika Tidur