Sarjan direman tujuh hari disyaki rasuah

18 Feb 2023 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek diiringi pegawai SPRM ketika dibawa ke mahkamah untuk perintah reman pada Sabtu.

KUANTAN - Seorang anggota polis berpangkat sarjan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan direman tujuh hari untuk siasatan berhubung kes rasuah.

Perintah reman ke atas suspek berusia 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman pada Sabtu.

Suspek dipercayai meminta suapan RM7,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan melepaskan rakan-rakan yang ditahan kerana disyaki memiliki air ketum.

Lelaki tersebut telah menyerahkan wang RM2,000 kepada suspek bagi tujuan tersebut.

Suspek ditahan selepas hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pahang jam 11.45 malam pada Jumaat.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan itu.