Sarung tangan berwarna kuning tak sesuai untuk pengendalian makanan: KKM

Health & Fitness
20 Mar 2024 • 5:31 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk tujuan pencucian dan tidak sesuai bagi pengendalian makanan.

Demikian tegas Kementerian Kesihatan (KKM) yang menasihatkan orang ramai untuk menggunakan sarung tangan bersesuaian ketika memasak bagi menjamin kebersihan makanan dan kesihatan.

Menerusi laman X, KKM memberitahu, sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.

“Bagi mengelakkan pencemaran, sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja,” katanya.

Menurut KKM, pihaknya ada menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan.

“Pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan,” katanya.

Terdahulu KKM memberi maklum balas kepada tindakan peniaga yang menggunakan sarung tangan berwarna kuning dalam pengendalian makanan yang dilihat tidak bersesuaian.

Ia turut mendapat maklum balas pengguna yang kebanyakannya mahu peniaga memasuki kelas atau latihan mengenai pengendalian keselamatan yang selamat.

Malah ada juga yang mengatakan sarung tangan industri itu sesuai untuk digunakan ketika membersihkan tandas. - 20 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved