
Kota Kinabalu: Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin mahu Jabatan Pendidikan Sabah lebih menekankan pencapaian sifar kes disiplin dalam kalangan penjawat sektor pendidikan pada tahun ini, sekali gus meningkatkan imej dan menegakkan Akta Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib (1993).
Beliau berkata usaha itu bertujuan untuk memastikan jabatan itu tidak dilihat sebagai duri dalam daging kepada perkhidmatan awam kerana ia bukan sahaja menjejaskan perkhidmatan sektor itu tetapi juga pelajar.
Selain itu, beliau juga berkata jabatan akan melaksanakan program “1 Warga, 1 Kaunseling” bagi memastikan mereka yang berada di jabatan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah diberi peluang mendapatkan perkhidmatan kaunseling, bimbingan dan perundingan atau advokasi.
“Ujian Skala Kemurungan, Kegelisahan dan Tekanan 21 (DASS 21) juga akan dilaksanakan untuk mengesan tahap tekanan tinggi, kemurungan dan kegelisahan, yang menjadi penghalang kepada perkhidmatan berkualiti dalam kalangan mereka dalam sektor pendidikan.
