Satelit A-SEANSAT-PG1 Oleh Angkasa-X Berjaya Dilancarkan

TechnologyDigital
27 Jun 2023 • 10:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Angkasa-X, syarikat teknologi angkasa lepas Malaysia berjaya melancarkan satelit A-SEANSAT-PG1 dari Kosmodrom Vostochny di Rusia beberapa jam yang lalu. Ia dilancarkan menggunakan roket Soyuz-2.1b. Turut dilancarkan bersama A-SEANSAT-PG1 ialah satelit meteorologi Meteor-M 2-3 dan 41 lagi CubeSat daripada pelbagai syarikat lain.

image is not available

A-SEANSAT-PG1 adalah dari jenis satelit nano yang akan menjadi sebahagian daripada 500 satelit yang dirancang akan dilancarkan oleh Angkasa-X. Empat lagi satelit akan dilancarkan dalam tempoh empat tahun akan datang.

Selain menawarkan perkhidmatan Internet menggunakan satelit, Angkasa-X juga akan menawarkan perkhidmatan penjejakan kapal untuk meningkat keselamatan maritim di rantau Asia Tenggara. Perkhidmatan pengimejan dan memantau menerusi teknologi internet-benda juga bakal ditawarkan.

image is not available
Roket Soyuz-2.1b – Gambar oleh Roscosmos

Angkasa-X ingin menawarkan perkhidmatan satelit-sebagai-perkhidmatan (SaaS) kepada pelanggan di rantau Asia Tenggara dengan kesemua satelit mereka beroperasi dari ketinggian orbit bumi rendah (LEO).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved