Satelit Di Marikh Akhirnya Menerima Kemaskini Windows 98 Selepas 19 Tahun Beroperasi

TechnologyDigital
27 Jun 2022 • 8:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Minggu lalu kita menerima berita NASA akan mula mematikan sistem pada proba angkasa lepas Voyager dan Voyager 2 untuk memanjangkan misi yang sudah hampir lima dekad. Selepas melepasi ruang angkasa najam, Voyager bersaudara adalah objek buatan manusia yang paling jauh pernah mengembara di angaksa lepas.

image is not available

Tetapi ia bukan satu-satunya objek buatan manusia di luar sana. Satelit Mars Advanced Radar for Subsurface and Ionospheric Sounding (MARSIS) yang mengelilingi Marikh juga telah melakukan misinya sejak 2003. Selepas 19 tahun bertugas, pihak Agensi Angkasa Eropah (ESA) kini bersedia untuk mengemaskini perisiannya yang berasaskan Windows 98.

image is not available

Perisian baharu ini kelak diharap akan mempertingkat kemampuan MARSIS untuk mengesan kewujudan air di Marikh dan memantau atmosferanya sebelum data dihantar kembali ke bumi. Selain itu dengan optimasi perisian, kawasan yang lebih besar boleh diimbas pada satu-satu masa. Sistem operasi baharu yang bakal digunakan MARSIS tidak pula diumumkan oleh ESA.

MARSIS ialah satelit yang bersejarah kerana menemukan tempat simpanan air bawah tanah di Marikh pada tahun 2018.