Sathiya terima bantuan Mydin, netizen minta sumbangkan rumah teres – “Mudah nak gerak”

LocalHealth & Fitness
22 Oct 2025 • 10:50 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin Mohamed tampil menghulurkan sumbangan kepada pelawak Sathiya yang kehilangan kaki akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Terima bantuan asas

image is not available

Menerusi hantaran di TikTok, Ameer berkunjung ke rumah pelawak tersebut bagi menyampaikan bantuan sempena sambutan Perayaan Deepavali.

@mydinmalaysia

Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) prihatin terhadap nasib legenda tanah air, Sathiya, yang kini berdepan masalah kesihatan. Menerusi inisiatif MYDIN Prihatin, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin dan Pengarah MYDIN, Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd telah menziarahi beliau di kediamannya serta menyampaikan sumbangan sempena sambutan Perayaan Deepavali yang bakal tiba. Semoga Sathiya terus dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa menghiburkan kita semua. #MYDINMalaysia #MYDINPrihatin #RasaDeepavali

♬ original sound - Mydin Malaysia - Mydin Malaysia

“Menerusi inisiatif MYDIN Prihatin, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin dan Pengarah MYDIN, Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd telah menziarahi Sathiya di kediamannya serta menyampaikan sumbangan sempena sambutan Perayaan Deepavali.

“Semoga Sathiya terus dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa menghiburkan kita semua,” kongsi Mydin.

image is not available

Dalam perkongsian sama, pelakon yang dikenali dengan watak Ravi dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu dilihat menerima bantuan kerusi roda, barangan keperluan asas, dan sumbangan wang tunai.

Perkongsian itu telah menjadi perhatian netizen dan ramai berharap ada pihak yang berbesar hati memberikan pelawak tersebut sebuah rumah teres bagi memudahkannya untuk bergerak.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa gembira kerana ada pihak yang sudi memberikan bantuan dan rata-rata bersetuju sekiranya pelawak itu tinggal di landed house memandangkan pergerakannya seamkin terbatas.

Kutip derma beli rumah teres

image is not available

Harap dapat rumah ground floor

image is not available

Terbaik Mydin

image is not available

Terdahulu, Sathiya menjalani pembedahan memotong kaki kirinya hingga ke paras lutut gara-gara sudah bengkak dan saraf darah tidak lagi berfungsi.

Sumber: TikTok Mydin