“Satu Babak RM100 Je, Baik Aku Buat ‘Review'” – Produksi Nak Bayar Murah, Didie Alias Panas Hati

20 Oct 2023 • 11:13 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan pengacara yang telah lama menceburi industri seni, Didie Alias meluahkan rasa kurang berpuas hati apabila ditawarkan berlakon daripada pihak produksi dengan kadar bayaran yang rendah.

Menurut Didie, dia kecewa apabila pelakon-pelakon veteran dibayar tidak setimpal dengan pengalaman yang mereka ada. Dia menganggap perkara itu seolah-olah merendah kan kebolehan pelakon lama tersebut.

Ada yang offer satu babak RM100 je, baik aku buat review.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Oleh kerana itu, dia terpaksa menolak tawaran berlakon tersebut. Namun demikian, baginya dia masih ada sumber rezeki lain dari mengacara ataupun bisnes. Tapi dirinya kasihan kepada rakan artis veteran lain yang mengharapkan lakonan sahaja sebagai sumber pendapatan.

Kenapa yang kurang pengalaman tu boleh pula bayar mahal. Mereka boleh letak harga satu episode sampai RM5K. Kenapa?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Di samping itu, pengacara ini juga membidas sesetengah pihak yang memberi bayaran yang lebih mahal kepada pelakon-pelakon muda yang sudah tentu kurang berpengalaman dibandingkan mereka.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 months ago

Majlis Resepsi Anak Didie Alias Dapat Tajaan Setengah Juta, Pengantin Berarak Naik LRT!