Satu bungkus roti bonanza boleh hasilkan 6 bekas puding roti yang enak dan berlemak

Cooking
29 Oct 2022 • 12:15 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SETIAP individu mempunyai cara tersendiri untuk menikmati roti.

Ada yang gemar dengan dengan sapuan kaya, kacang ataupun coklat. Terdapat juga yang suka makan begitu sahaja.

Sebenarnya, roti boleh dijadikan pelbagai juadah seperti puding, cucur, bingka dan lasagna serta karipap.

Ingat, jangan buang lebihan roti yang ada. Apa kata anda cuba pelbagaikan menu. Sudah tentu anak-anak dan suami amat menyukainya.

Untuk minggu ini, SinarPlus ingin berkongsi resipi penyediaan puding roti oleh seorang pengguna media sosial, Facebook, Zaliha Salleh.

image is not available
Kredit foto: Pixabay

Beritahu Zaliha Salleh, cara beliau kongsikan sajian tersebut adalah hasil daripada gabungan beberapa resipi, namun diolah semula mengikut cara cita rasa sendiri.

“Bagi mereka yang ada loyang bersaiz 10 inci, satu bungkus roti bonanza diperlukan untuk menghasilkan puding. Jika saiz bekas 9 inci, boleh guna satu bungkus kecil,” katanya.

Tambahnya lagi, jika menggunakan loyang aluminium kecil, boleh hasilkan enam bekas puding roti.

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan:

image is not available

Bahan-bahan puding

– 1 bungkus roti bonanza
– 4 cawan susu segar
– 4 biji telur gred A
– 4 sudu besar gula
– 1 susu kecil esen vanila
– 4 sudu besar mentega (dicairkan)
– Hiasan (buah, kacang atau cip coklat)

Cara memasak:

image is not available
Kredit foto: Sydney Troxell

1. Campurkan susu, telur, gula, esen vanila dan pukul sehingga sebati.
2. Setelah adunan sebati, masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau sebentar.
3. Masukkan tiga keping roti yang telah dipotong empat ke dalam loyang kecil.
4. Tuangkan bahan puding ke dalam setiap bekas dan tekan roti supaya kuah meresap.
5. Taburkan hiasan di permukaan atas dan bakar selama 30 hingga 40 minit dengan anggaran suhu 170 darjah Celsius.

Bahan-bahan sos kastard

– 1 tin susu cair
– 2 sudu besar tepung kastard
– ½ cawan air
– 4 sudu besar gula
– Sedikit esen vanila

image is not available
Kredit foto: Cats Coming

Cara penyediaan:

1. Masukkan tepung kastard ke dalam air dan kacau sebentar.
2. Campur kesemua bahan dan masak di atas dapur sehingga pekat.

Pada akhir perkongsian, Zaliha Salleh mengingatkan orang ramai untuk masak sos kastard dengan api perlahan dan sentiasa kacau agar ia tidak hangit.

Tak susah sangat kan masak menu itu? Saripada membazir lebih baik kita buat sedikit kelainan sajian roti.

Tunggu apa lagi, cuba tengok di dapur kalian, ada atau tidak lebihan roti, kalau ada boleh buat puding roti. Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article