Satu Dalam Dunia, Edisi Prototaip Konvensyen Supra Hot Wheels Terjual Dengan Harga Cecah RM8,000!

Cars
9 Aug 2023 • 1:02 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Satu Dalam Dunia, Edisi Prototaip Konvensyen Supra Hot Wheels Terjual Dengan Harga Cecah RM8,000!

Walaupun barangnya kecil namun peminat dan pengumpulnya datang daripada pelbagai golongan, bermula dari golongan kanak-kanak sehingga golongan berusia.

Semestinya barang yang dikatakan di sini ialah Hot Wheels, kecil tapi mampu membuatkan mereka yang meminatinya menjadi gila sekiranya terjumpa edisi terhad.

Hot Wheels yang dikeluarkan khusus untuk kanak-kanak berjaya menambat hati golongan dewasa susulan model yang dikeluarkan merupakan ‘jelmaan’ model kereta sebenar, sama ada yang popular dan ‘rare’ iaitu jarang ditemui.

Baru-baru ini, satu majlis berkaitan Hot Wheels telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), khas buat mereka yang mahukan barangan edisi terhad berkaitan jenama itu.

Majlis yang diberi nama Konvensyen Pengumpul Wheels Rasmi Pertama di Asia Tenggara itu diadakan pada 29 dan 30 Julai lalu.

Konvensyen tersebut memaparkan koleksi unik Hot Wheels termasuk model Toyota Supra 82’ buatan tangan yang direka khas untuk majlis tersebut.

Edisi prototaip konvensyen Supra sold!

image is not available
Kredit: @jrdd_official/TikTok

Dalam hal yang lain, satu majlis lelongan berkaitan edisi terhad Hot Wheels telah diadakan di salah sebuah medan selera di Puchong.

Lebih menarik, edisi prototaip konvensyen Supra Hot Wheels yang hanya dicipta sebuah sahaja di dunia, terjual dengan harga RM7,600 kepada seorang lelaki semasa lelongan dibuka.

Perkara itu dikongsikan oleh pengguna @jrdd_official di TikTok, di mana dia memaparkan sesi lelongan yang berlaku pada ketika itu.

Sesi lelongan kereta itu dimulakan dengan harga serendah RM100 oleh peminat kemudian ia meningkat secara mendadak.

Dalam masa beberapa saat, lelongan yang tadinya bermula dari ratusan telah mencanak naik kepada ribuan susulan peminat bersemangat mahu memiliki edisi terhad itu.

Pembida yang berada di situ kelihatan bersaing kuat menyatakan harga yang tinggi dan semakin lama bidaan itu mencecah harga RM2,000.

Pelelong yang mengendalikan acara tersebut turut melontarkan kata-kata semangat kepada pembida supaya mereka tidak mudah berputus asa melepaskan edisi terhad itu.

“Biar menyesal beli, jangan menyesal tidak beli,” ujarnya.

Selepas ia mencecah harga RM7,600, jumlah yang agak besar bagi sesetengah pihak, pelelong kemudiannya memukul palu menandakan lelongan itu telah berakhir.

“RM7,600 panggilan ketiga, sold!” jeri pelelong.

Satu jeritan bergema dan rata-rata mereka yang berada di situ mula mengeluarkan telefon bimbit merakam detik-detik berharga buat pemenang yang membawa pulang edisi terhad Hot Wheels itu.

Pemenang kemudiannya tampil ke hadapan untuk menerima Hot Wheels tersebut sekali gus membuatkan acara itu menuju ke penamat.

@jrdd_official

SOLDDD RM7,600! Lot Auction Supra Convention Prototype Edition + 500pcs Limited Edition #hotwheelsmalaysia #hotwheels #diecast #supra #bid #hotwheelsconvention

♬ LoFi(860862) – skollbeats

Sumber: @jrdd_official/TikTok