Satu daripada enam wanita Korea Selatan berhenti kerja selepas berkahwin

21 Nov 2023 • 5:54 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEOUL: Satu daripada enam wanita Korea Selatan berhenti kerja selepas berkahwin kerana hamil dan untuk menjaga anak, menurut data pejabat perangkaan pada Selasa.

Wanita berkahwin berusia antara 15 dan 54 tahun yang bercuti daripada kerjaya masing-masing berjumlah 1,349,000 pada April, lapor Xinhua.

Daripada jumlah wanita berkahwin yang berhenti kerja, 42.0 peratus memberi alasan untuk menjaga anak.

Ini diikuti dengan alasan berkahwin sebanyak 26.2 peratus serta kehamilan dan melahirkan anak sebanyak 23.0 peratus.

Jumlah tertinggi iaitu 40.0 peratus mengambil cuti kerjaya selama 10 tahun atau lebih lama, diikuti 24.1 peratus yang bercuti lima hingga 10 tahun dan 13.2 peratus lagi tiga hingga lima tahun. -Bernama