“Satu Je Beb..” – Hanya ‘Post’ Satu Gambar Kahwin, Najwa Latif Suruh Suami Tidur Asing

Entertainment
15 Nov 2022 • 1:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang ramai tahu, penyanyi Najwa Latif telah selamat bergelar isteri kepada rapper, Akwa Arifin selepas diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 11 November lalu.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh penyanyi lagu Cinta Muka Buka itu selepas memuat naik hantaran foto majlis pernikahan di laman Instagram sekaligus mengejutkan industri hiburan dan para peminat.

Baru-baru ini, tular pula di laman TikTok video memaparkan Najwa atau lebih mesra disapa Wawa yang dilihat menegur suaminya kerana hanya memuat naik sekeping foto majlis perkahwinan mereka.

Cuba bukak awak punya IG, satu je beb.. satu je beb gambar dia. Okay..

@ekeqekek

Sebelum & Selepas. Senang beb buat assignment satu jer submit ? #wawaakwagrad

? original sound – FANS WAWA – FANS WAWA

Susulan itu, Wawa yang kononnya masih merajuk dengan Akwa gara-gara ‘posting’ di Instagram itu sempat berseloroh meminta suaminya untuk tidur di bilik berasingan ketika sedang berbulan madu.

So ni adalah bilik Akwa sebab dia pun post gambar dua je, so tak payah la eh. Ini bilik saya, mewah bukan..

@ekeqekek

Replying to @za ? tak post gambar kahwin punya pasal so bilik asing ?

? original sound – FANS WAWA – FANS WAWA

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat gelagat pasangan pengantin baharu itu bergurau senda.

image is not available

Malah, ada juga segelintir netizen yang turut ‘tumpang’ gembira melihat Wawa yang dahulunya selalu menggelarkan dirinya ‘President of Single’ kini sudah bahagia mendirikan rumah tangga.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

"Tak Perlu Kut Tiru Orang Lain" - Akui Malu Minta Nasihat Idola, Netizen Anggap Hawa Rizwana Hanya 'Klon' Neelofa