Satu Keluarga Pengikut Ajaran Sesat, Selamba Buat Pengakuan Nabi Muhammad SAW Sebagai Tuhan

Entertainment
20 Jul 2023 • 12:12 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di media sosial satu video menunjukkan sebuah keluarga yang dipercayai pengikut ajaran sesat selepas mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai tuhan. Allahu!

Kalau korang tengok video tu, kesemua daripada mereka memperkenalkan diri masing-masing sebelum membuat pengakuan bahawa perkara yang mereka katakan adalah benar.

image is not available

Saya bersetuju bahawa Nabi Muhammad memegang jawatan Allah dan Dia juga merupakan Nabi Muhammad SAW

Perkara ini juga telah mendapat perhatian penyanyi rap, Caprice yang meluahkan rasa risau serta menyeru pihak berkuasa agar mengambil tindakan keras terhadap dalang disebalik ajaran sesat tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

Bukan tu jer, Caprice juga meminta agar netizen tidak menyalahkan keluarga terbabit sepenuhnya kerana yang lebih penting adalah ‘ketua’ ajaran sesat itu. Betul juga kan, kalau tiada yang mengajar bukan-bukan, tidaklah mereka terikut!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.