“Satu Kezaliman Ke Atas Saya…” – Hana Ismail Tertekan Dengan Fitnah Kes Rogol, Anggap Ia Ujian Untuk Semua

29 Aug 2023 • 4:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri pendakwah Da’i Syed akui emosinya terganggu dengan fitnah berkaitan kes rogol melibatkan suaminya itu apabila ia tular di media sosial baru-baru ini.

Kata Hana Ismail, dia sudah bersedia dengan kemungkinan isu ini kembali dibangkitkan apabila mengambil keputusan untuk mengahwini Syed namun kesal dengan tindakan pemfitnah.

Sejujurnya, saya tidak kisah. Namun, si pelaku memuat naik video pada waktu yang kurang tepat, lebih-lebih lagi saya berada dalam fasa pemulihan selepas keguguran.

image is not available

Tambah pengacara itu lagi, dia masih berduka dengan kehilangan cahaya mata sulung mereka ketika kandungannya mencecah 10 minggu namun bersyukur keluarga sentiasa bei sokongan padanya.

Hana turut berkata kerana sudah mempunyai naluri ibu, timbul rasa rindu untuk hamil dan situasi tersebut yang berlaku ketika dia berpantang membuatkan emosinya tertekan.

Secara fizikal memang nampak saya okey, tetapi saya masih lagi dalam fasa penyembuhan untuk emosi dan mental.

Hana turut mengambil kesempatan untuk memberi pesanan kepada masyarakat agar menyelidik kisah sebenar sebelum membuat andaian.

Satu penganiayaan dan kezaliman ke atas saya. Ini kira ujian buat suami, saya, si pelaku dan orang yang menonton video tersebut.

image is not available

image is not available 24 hours ago

"Dia Jerit Macam Dah Lama Tak Berjumpa" - Da'i Syed Dedah Pemfitnah 'Excited' Dapat Jumpa Waktu Berjalan Dengan Isteri