Satu Lagi Kematian Baharu Disebabkan Wabak Rabies Di Sarawak

12 Jun 2024 • 1:38 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anjing liar dan haiwan peliharaan punca penularan rabies

Satu Lagi Kematian Baharu Disebabkan Wabak Rabies Di Sarawak. Sarawak mencatatkan lagi satu kematian akibat wabak rabies di Hospital Umum Sarawak pada 5 Jun lepas.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Veronica Lugah berkata, ini bermakna jumlah kematian akibat rabies setakat ini meningkat kepada 72 kes dan 79 kes komplikasi daripada rabies telah direkodkan.

image is not available
Gambar hiasan. Satu Lagi Kematian Baharu Disebabkan Wabak Rabies Di Sarawak

1 kes dikesan gigitan anjing liar, manakala 3 kes lain dijangkiti anjing peliharaan sendiri

“Pada tahun ini, empat kes telah dikesan dan semua kes mengakibatkan kematian disebabkan oleh komplikasi jangkitan rabies. Daripada empat kes yang dikesan, satu kes dijangkiti melalui gigitan anjing liar, manakala tiga kes lain dijangkiti melalui haiwan peliharaan mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anjing tidak divaksin

Dr. Veronica menambah bahawa semua haiwan peliharaan mereka juga tidak menerima sebarang vaksin rabies dan dibiarkan berkeliaran bersama haiwan liar.

“Risiko untuk haiwan peliharaan ini (yang berkeliaran bebas) dijangkiti rabies adalah sangat tinggi, oleh itu risiko untuk manusia mendapat jangkitan juga tinggi jika mereka digigit atau dicalarkan. Semua kes juga tidak menerima rawatan atau menerima vaksin rabies di mana-mana fasiliti kesihatan selepas digigit atau dicalarkan oleh seekor haiwan,” katanya, menurut laporan.

Antara kes gigitan anjing dan gigitan atau cakaran kucing setakat ini

Beliau menambah bahawa sejak 2017 sehingga Minggu Epid ke-22 (ME) tahun ini (26 Mei hingga 1 Jun), terdapat 56,023 kes gigitan anjing, 47,258 kes gigitan atau cakaran kucing dan 1577 kes gigitan haiwan lain telah dilaporkan.

Baca juga artikel yang berkaitan: