Satu Lagi Penemuan Bangkai Kucing, Anjing Di Universiti Malaya

26 Dec 2024 • 11:25 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Satu lagi penemuan bangkai kucing ditemui berhampiran pusat gimnasium Universiti Malaya (UM), selepas lima kes kematian kucing yang dilaporkan sebelum ini.

Kenyataan penemuan bangkai haiwan di UM

image is not available

Menerusi satu kenyataan di laman Instagram, Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) turut melaporkan penemuan seekor anjing mati di dalam kawasan universiti tersebut.

KMUM berkata, penemuan tersebut telah dimaklumkan kepada Pejabat Keselamatan sebelum laporan polis dibuat.

“Saya sudah berhubung dengan Pejabat Keselamatan dan meminta mereka memperketatkan kawalan kemasukan ke Kampus.

“Kami juga dalam proses untuk mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup),” katanya awal pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan penerimaan laporan kejadian tersebut dan menyatakan kes masih dalam siasatan awal.

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial penemuan kucing dan anjing itu dipercayai dibunuh dengan cara yang sama iaitu perut dibelah dan usus dikeluarkan.

Dianggarkan sekurang-kurangnya dua orang terlibat dalam jenayah tersebut, membolehkan mereka melakukannya dengan bersih dan tanpa disedari.

Terdapat kemungkinan ubat bius digunakan semasa kejadian untuk mengelakkan haiwan-haiwan tersebut mengeluarkan bunyi.

Aktivis haiwan, Shima Aris sebelum ini telah mendedahkan hasil pemeriksaan terperinci oleh doktor veterinar terhadap kucing kelima yang mati bernama Lily, termasuk ujian imbasan sinar-X.

Sebelum penemuan Lily, dua kucing lain ditemui mati dengan keempat-empat kaki dipotong dan perut terbelah di universiti tersebut.

Susulan kejadian ini, sebanyak 22 kucing liar di UM telah diselamatkan oleh sekumpulan sukarelawan yang prihatin.

Sumber: Instagram Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya