
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum sedia maklum, Malaysia terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan kaum. Oleh disebabkan itu, penting bagi setiap individu menjaga perpaduan dan mengelak daripada melakukan perbuatan yang mampu menggugat keharmonian negara.
Malah mana-mana pihak yang menyentuh isu sensitif berkaitan agama, kaum dan institusi Diraja (3R) juga boleh dikenakan tindakan undang-undang, sama ada dipenjara, didenda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Pun begitu, masih ada sesetengah pihak yang tidak memandang serius perkara ini selain menghina agama lain secara terbuka di platform media sosial.
Baca Artikel Berkaitan: “Mereka Ditegur Kerana Sentuh Isu 3R” – Fahmi Fadzil Sangkal Tuduhan Ancam Penonton TikTok Live
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Janji Tak Ulangi” – Cecelia Yap Didakwa Hina Islam Berkait Isu ‘Ham’ Tampil Mohon Maaf
Baca Artikel Berkaitan: Penganggur Hina Islam Guna Rakaman Audio Di WhatsApp Berjaya Ditahan [Video]
Individu Dalam Salon Didakwa Perlekeh Pemakaian Tudung
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads, apabila seorang wanita berkongsi beberapa tangkap layar daripada video Instagram Story milik seorang wanita yang menurutnya pengarah sebuah kedai salon di Subang Jaya, Selangor.
Dakwanya, video tersebut yang dirakam sewaktu acara ‘Secret Santa’ sengaja memperlekehkan pemakaian tudung atau hijab yang sinonim dengan seorang wanita Muslimah apabila seorang lelaki dipercayai bukan Muslim dilihat memakai tudung berwarna hijau sambil meneguk air arak.
Untuk info, Secret Santa adalah satu tradisi bertukar hadiah sempena hujung tahun dan Krismas yang popular di kalangan orang Barat dan semakin berkembang ke Timur di mana setiap peserta perlu menyediakan hadiah untuk penerima rahsia masing-masing.
‘Lelaki Bertudung’ Selamba Teguk Arak, Rakan Sekeliling Turut Tertawa
“Oi amoi, you minum ah? Tak halal ni amoi,” kata seorang wanita dalam video sambil tertawa melihat individu yang menikmati minuman kerasnya itu.
Bukan itu sahaja, kedengaran beberapa individu yang turut berada di dalam salon turut menyebut ‘Ya Allah’ dan satu ungkapan dipercayai merujuk kepada ‘Astaghfirullahalazim’ sambil bergelak ketawa.
Dakwa pengguna Threads itu lagi, tudung tersebut adalah salah satu hadiah bagi acara bertukar gift.
OP Persoal Motif Muat Naik Video Kontroversi ‘Tanpa Segan Silu’
Pengguna Threads yang menularkan perkara itu turut mempersoalkan motif mereka memuat naiknya ke media sosial secara terbuka ‘tanpa segan silu’.
“Saya ternampak satu iklan sebuah salon, tetapi terus hilang minat selepas menonton Instagram Story pengarahnya. Nampaknya mereka adakan Secret Santa di mana ada yang menerima hadiah baik dan ada juga menerima hadiah yang tak best.
“Salah satu hadiah yang tak best tu adalah tudung. Saya faham target pelanggan dia mungkin bukan di kalangan Muslim, tetapi serius la? Jadikan hijab sebagai bahan jenaka macam ni dan muat naik secara terbuka?” tanya pengguna Threads.

Tular Screenshot Didakwa Kenyataan Permohonan Maaf Daripada Pihak Salon
Tidak lama kemudian, tular satu tangkap layar permohonan maaf yang didakwa dimuat naik oleh pihak salon di media sosial. Menerusi tangkap layar di IG Story tersebut, pihak terlibat memohon maaf atas kekhilafan berkongsi konten yang kurang sensitif.
Jelas salon berkenaan, mereka tidak berniat untuk menyinggung perasaan penganut agama lain, selain telah memadam video berkenaan.
“Kami faham konten yang dimuat naik adalah tidak sesuai dan tidak sensitif, terutama sekali berkait dengan kepercayaan agama serta penghormatan terhadap budaya. Ini sama sekali bukan niat kami.
“Kami mengakui bahawa tindakan tersebut adalah naif dan kurang kepekaan, dan kami bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan yang berlaku. Kami menghormati semua agama, budaya dan komuniti. Kami tidak menyokong atau bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penghinaan, ejekan atau perkauman.
Salon terbabit sekali lagi meluahkan rasa kesal dan menghargai setiap maklum balas diterima.

Salon Deactive Akaun IG & Didakwa Henti Operasi Buat Sementara Waktu
Menerusi semakan kami, akaun media sosial salon terbabit termasuk Facebook dan Instagram hilang dari radar dipercayai telah pun dinyahaktif (deactivate) dan carian di Google pula mendapati status operasi salon berkenaan kini ‘Temporarily Closed’ iaitu ditutup buat sementara waktu.
Namun tidak dapat dipastikan statusnya kerana informasi tersebut boleh diubah atau sekurang-kurangnya dicadangkan untuk suntingan (suggest an edit) oleh pengguna selain pemilik perniagaan.

Rakyat Malaysia Tak Kira Bangsa Unite & Kecam Individu Tidak Menjaga Sensitiviti Agama
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama menzahirkan rasa tidak puas hati dengan sikap individu yang didakwa menghina pemakaian tudung.
“Sebagai kaum Cina, saya tak tahan tengok sikap macam ni. Apa yang buatkan mereka yakin yang kononnya benda ni sesuatu yang lawak?” tanya seorang individu.
“Sebagai seorang Cina, saya sokong tindakan awak untuk dedahkan wajahnya. Memalukan je,” tambah seorang lagi pengguna Threads.
Malah ramai turut berasa kecewa dengan segelintir individu yang masih berfikiran kolot dan menggunakan sentimen agama sebagai bahan jenaka.
“2026 lagi beberapa hari je lagi tapi kita masih nampak sikap macam ni. Menghina sesuatu yang sensitif kepada orang lain? Tak masuk akal. Rakyat Malaysia, kita boleh buat lebih baik dari ni,” tegur seorang netizen.
“Langsung tak sensitif dan biadap,” ujar seorang warganet.
Sementara itu, orang ramai juga meminta pihak berkuasa untuk menyiasat salon berkenaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

PU Syed Turut Beri Teguran
Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut mempersoalkan motif video tersebut selain menyifatkan ia satu penghinaan kepada agama Islam.
Jelasnya, jika lelaki yang meneguk arak berkenaan bukan beragama Islam, tiada masalah namun beliau mempersoalkan mengapa dia memakai tudung sambil meminum air minuman keras itu sambil ketawa.
Berikut antara komen yang diberikan oleh netizen:







Baca Artikel Berkaitan: Individu Persoal Tradisi Secret Santa Di Tempat Kerja Cetus Perdebatan



