Satu Lagi Produk Baharu Chery, Fulwin E5, Boleh Jadi Masuk M'sia

LocalCars
4 Sep 2024 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selain Xpeng dan Zeekr, nampaknya Chery juga tidak mahu ketinggalan untuk menayangkan jentera terbaharunya, Chery Fulwin 05 pada pameran Chengdu Auto Show 2024 yang diadakan baru-baru ini.

Tidak seperti T10 dan beberapa model lain dalam siri Fulwin, E05 dalam bentuk bateri EV (BEV) atau EV (REEV).

Malangnya, pembuat kereta yang berpangkalan di Wuhu, China itu masih belum mendedahkan sebarang spesifikasi mengenai pilihan rangkaian kuasa untuk salun EV ini.

Sebaliknya, apa yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah Fulwin 05 cukup beza dengan model Chery yang lain.

Ini kerana E05 tampil dengan muka depan jenis tertutup selain menampilkan lampu depan jenis LED dan terdapat lubang udara di bawah bampar hadapan.

image is not availableimage is not available

Terdapat juga, penderia LiDAR yang dipasang di atas bumbung dan turut menawarkan keupayaan pemanduan separa autonomi.

Dari sisi pula, Fulwin E05 kelihatan cukup sporty kerana ia diserlahkan oleh garis bumbungnya manakala cermin pintu pula jenis tiada bingkai.

image is not available

Sementara itu, rim rodanya pula bersaiz 20-inci dan hadir dengan corak tiga segi.

Dari segi dimensi pula, menurut CarNewsChina, E05 berukuran sekitar 4,800 mm (panjang) manakala jarak roda pula 2,900 mm.

image is not available

Menjengah bahagian belakang pula, Fulwin E05 menampilkan reka bentuk lampu belakang jenis LED dan tertera huruf Fulwin di tengah-tengah pintu belakang.

image is not available

Apa yang cukup menarik mengenai jentera ini ialah, ia hadir dengan bumbung panaromik dari depan hinggalah belakang.

Tidak ketinggalan mengenai kabinnya yang cukup minimalis serta dipadankan dengan ciri-ciri teknologi yang cukup canggih.

Selain itu, tiada banyak info yang diperoleh setakat ini namun media tempatan China mendedahkan bahawa ia akan dijual sekitar RM90,000 sahaja.

Murah betul kereta China sekarang!

Apa pula pandangan anda?

Kongsikan di bawah ruangan komen ini.