
PELAKON Ashraf Muslim berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka pada 19 September lalu.
Berita gembira itu dikongsikan pemilik nama Mohd Ashraf Muslim menerusi satu hantaran di Instagram yang turut memperkenalkan bayi lelaki mereka sebagai Affan Ashraf bin Mohd Ashraf.
"Alhamdulillah… 19 September 2026, lahirlah seorang lagi permata hati kami, Affan Ashraf bin Mohd Ashraf," kongsinya.
Lebih menggembirakan, pelakon berusia 45 tahun itu turut meluahkan rasa syukur melihat keterujaan anak-anak lain menyambut kehadiran ahli keluarga baharu.
Menurut Ashraf, kehadiran seorang lagi cahaya mata bukan sekadar menambah kebahagiaan keluarga, malah mengingatkannya tentang tanggungjawab besar sebagai seorang bapa.
"Seronok tengok abang-abang dan kakak-kakak menyambut kehadiran adik baru. Satu lagi rezeki, satu lagi amanah dan satu lagi sebab untuk ayah terus kuat berusaha," tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Ashraf mengakui semakin bertambah bilangan anak, semakin besar kesedaran tentang amanah yang perlu dipikul dalam membesarkan mereka.
"Seronok tengok abang-abang dan kakak-kakak menyambut kehadiran adik baru. Satu lagi rezeki, satu lagi amanah dan satu lagi sebab untuk ayah terus kuat berusaha.
"Makin bertambah anak, makin ayah sedar… besarnya tanggungjawab yang ALLAH pinjamkan. Mereka bukan sekadar kebahagiaan kita di dunia, tetapi amanah yang akan ditanya di akhirat nanti.
"Ayah tak mampu menjanjikan kehidupan yang sempurna, tetapi ayah akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik. Semoga mama, ibu dan ayah diberi kekuatan untuk mendidik kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah,"
kongsinya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 45 tahun itu menitip harapan buat cahaya matanya.
"Anak-anakku, tak perlu jadi kaya atau terkenal untuk membahagiakan ayah. Cukuplah kalian menjadi insan yang mengenal ALLAH, menjaga solat, bersahabat dengan al-Quran dan tidak pernah lupa mendoakan kami apabila suatu hari nanti kami sudah tiada.
"Ya ALLAH, jagalah anak-anak kami ketika kami tidak mampu menjaga mereka. Pimpinlah mereka ketika kami tidak lagi mampu membimbing mereka. Jadikanlah mereka penyejuk mata dan bekalan kami menuju syurga-Mu.
"Terima kasih Ya ALLAH atas segala nikmat ini. Tak terhitung banyaknya. Alhamdulillah untuk segala-galanya," kongsinya.
Sekadar info, Ashraf berkahwin dengan Noor Dayana pada 24 September 2011, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 11.
Beliau juga mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah pada Julai 2013. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 12, Adam Ashraf, 11, dan Safiyyah Ashraf, 7 dan Ali Ashraf yang berusia setahun.





![[KEMAS KINI] Suami isteri maut MPV dihempap lori bawa tar dikenal pasti](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/dihempap-lori-1024x787.jpeg)
