Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

21 Nov 2023 • 10:11 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Satu lagi syarikat penerbangan nampaknya berada dalam kemelut selepas MyAirlines. Menurut Business Times, SKS Airways Sdn. Bhd. dikesan telah menghentikan pengoperasian penerbangannya dan mereka turut menunda penerimaan kapal terbang Embraer E195-E2.

Menurut laporan itu, SKS Airways menghadapi masalah berkaitan dana untuk menampung kos penghantaran 10 unit pesawat E195-E2 yang disewa, lantas menyebabkan penghantaran ditunda daripada Suku-1 2024 kepada Suku-2 2024. Seandainya isu ini berterusan, tidak mustahil transaksi itu akan terbantut dan tidak diteruskan.

image is not available

SKS Airways sepatutnya menjadi syarikat penerbangan pertama di rantau Asia Tenggara yang menerbangkan E195-E2 dan pesawat ini mampu membawa 136 penumpang pada satu-satu masa.

image is not available

Pada segi operasi penerbangan sedia ada, pemeriksaan ringkas di laman dalam talian SKS Airways menunjukkan mereka tidak lagi menawarkan sebarang tiket penerbangan laluan Subang-Tioman dan Subang-Redang. Di media sosial juga mereka tidak lagi mengutuskan kemas kini sejak 29 September 2023 dulu.

image is not available

SKS Airways menerima Sijil Operasi Udara (AOC) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM) sejak 1 Oktober 2021 dulu dan kemudiannya menerima Lesen Udara Pengoperasian Penuh (ASL) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada 1 Januari 2022 dan mula menjual tiket pada 6 Januari 2022 dulu.

Bacaan berkaitan