Satu Lagi Ubat Titis Merawat Rabun Dekat Kini Boleh Dijual

WorldSpace
7 Aug 2025 • 8:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Saya sudah berusia 46 tahun dan yang saya sedari sejak awal tahun ini ialah kesukaran membaca di skrin telefon dan komputer. Selepas pergi berjumpa doktor, beliau mengesahkan saya kini mempunyai masalah rabun dekat atau Presbyopia yang lazim pada individu berusia 45 tahun ke atas. Akibatnya cermin mata baharu multifokal perlu dibuat dengan belanja ribuan ringgit.

image is not available
Gambar – David Travis/Unsplash

Di Amerika Syarikat, ubat titis VIZZ yang merawat isu rabun dekat ini telah menerima kelulusan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) untuk digunakan. VIZZ dibangunkan oleh LENZ dengan ia mengecilkan saiz anak mata menghasilkan kesan lubang pin yang membantu mata memfokus objek jarak dekat. Ia sekaligus menyelesaikan isu rabun dekat tanpa perlu menggunakan cermin mata atau pembedahan.

Setiap ubat titis VIZZ mampu bertahan sehingga 10 jam. Ia bukan ubat titis pertama merawat rabun dekat yang dipasarkan. Pada tahun 2021, Vuity menjadi yang pertama cuma ia hadir dengan kesan sampingan yang menyebabkan otot mata terjejas mewujudkan pula masalah rabun jauh. VIZZ berfungsi tanpa isu ini. Dengan kelulusan yang diterima daripada FDA, LENZ akan mula memasarkan VIZZ bermula Q4 2025.