'Satu lawan satu', Bung Moktar yakin pertahan Kinabatangan

Politics
5 Nov 2022 • 7:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bung Moktar bersama calon dari Warisan, Mazliwati pada proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan.

KINABATANGAN - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Kinabatangan berhadapan dengan persaingan sengit 'satu lawan satu' apabila penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin ditentang pencabarnya dari Parti Warisan (Warisan).

Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah berdepan dengan calon wanita yang diketengahkan Warisan iaitu Mazliwati Abdul Malek, 49, dan beliau yakin mampu mempertahankan kerusi berkenaan.

"PRU15 kali ini dua calon, saya sendiri mewakili BN dan Mazliwati daripada Warisan, saya cukup yakin PRU kali ini, Insya-ALLAH BN dapat mempertahankan kerusi dimenangi pada PRU14 lalu.

"Sambutan masyarakat dan juga pergolakan sedikit pertukaran calon menampakkan ini satu kekurangan bagi Warisan," katanya selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini, pada Sabtu.

Pada PRU14, Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti sebanyak 9,478 undi selepas menewaskan dua pencabar lain iaitu Warisan dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).