Satu Pertiga Daripada Pengiklan Terbaik Twitter Berhenti Membeli Iklan Sepanjang Dua Minggu Lalu

TechnologyDigital
23 Nov 2022 • 1:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sejak Twitter diambil-alih oleh Elon Musk, individu terkaya di dunia tersebut telah memecat lebih dari separuh pekerja syarikat media sosial tersebut, dan juga telah kehilangan sejumlah pengiklan yang kini mahu lihat syarikat tersebut kembali stabil dahulu sebelum kembali mengiklan.

Akan tetapi isu kewangan syarikat tersebut dilihat mungkin menjadi semakin parah apabila ia baru-baru ini didapati bahawa sekurang-kurangnya satu pertiga daripada pengiklan tegar Twitter sudah tidak membeli iklan lagi di platform tersebut sejak dua minggu lepas.

image is not available

Washington Post melaporkan bahawa 14 daripada 50 pengiklan tertinggi syarikat tersebut tidak lagi mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di Twitter, termasuklah Jeep, Kellog, Mars dan Verizon.

Twitter kini diambang menghadapi masalah kewangan yang cukup kritikal, khususnya kerana 90 peratus daripada hasil pendapatan syarikat pada tahun lepas ($5 bilion) bergantung kepada pengiklanan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar di platform tersebut.

Pemecatan beribu-ribu pekerja syarikat tersebut dilihat mungkin akan membantu syarikat tersebut untuk jangka masa pendek ini, tetapi dari segi pendapatan berterusan, ia mungkin akan menjadi masalah yang serius tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved