Satu PPS Dibuka Di Daerah Kubang Pasu 

26 Sep 2023 • 12:07 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Satu PPS Dibuka Di Daerah Kubang Pasu

ALOR SETAR, 25 Sept (Bernama) — Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata PPS itu dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun pada 9 malam.

Beliau berkata kesemua mangsa dari Kampung Nangmah dan Kampung Paya Nong Mi di Mukim Temin itu dipindahkan ke PPS tersebut selepas air mulai naik di kawasan kediaman mereka pada 8.50 malam.

“Hujan renyai melebihi lapan jam di daerah Kubang Pasu menyebabkan kawasan tersebut dinaiki air. Pihak APM menerima laporan kejadian banjir ini pada 8.50 malam daripada Penghulu Temin dan menasihati mangsa agar berpindah segera ke PPS,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini.

Sumber: BERNAMA