“Satu Realiti Yang KKM Secara Berterusan Sedang Tangani..” – Menteri Kesihatan Dedah Negara Hadapi Masalah Kekurangan Jururawat Kritikal

LocalHealth & Fitness
30 Jun 2025 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan berita baru-baru ini, Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan hal yang kelihatan kecil tetapi ia merupakan masalah besar buat negara.

Jururawat di Malaysia berkurangan

Beliau memaklumkan, ketika ini Malaysia sedang mengalami masalah kekurangan tenaga kerja jururawat yang kritikal.

Menurutnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengambil pelbagai pendekatan, antaranya meningkatkan jumlah pelatih ke paras 1000 orang tetapi masih tidak boleh menampung kekurangan.

image is not available

Sumber : Utusan 

Isu kekurangan jururawat satu realiti yang KKM secara berterusan sedang tanganinya dan isu utama yang dihadapi.

Dapat tawaran lebih besar di sektor swasta

Difahamkan, antara 2020 hingga 2024, seramai 6,919 petugas kesihatan di bawah KKM dilaporkan telah meletakkan jawatan dan beralih kepada sektor swasta.

image is not available

Sumber : Utusan 

Kata Dr. Dzulkefly lagi, keadaan yang sedang dialami ini berpunca kerana jururawat mendapat tawaran yang lebih besar di sektor swasta.

image is not available 5 months ago

Jururawat Malaysia Ditawar Gaji Lebih RM14K Di Hospital Singapura & Bonus 3 Bulan Gaji Raih Perhatian