Satu-Satunya Penuntut Berbangsa Cina, Chan Min Youn Berjaya Tamatkan Kursus Komando Di Sungai Udang

30 Apr 2024 • 10:26 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di platform Facebook memaparkan seorang lelaki berbangsa Cina, Leftenan Muda Chan Min Youn berjaya membuat ibu bapa bangga terhadapnya kerana berjaya menamatkan kursus komando.

Satu-satunya penuntut bangsa Cina

Hal lain yang turut dibanggakan kerana Chan Min Youn merupakan satu-satunya penuntut berbangsa Cina yang berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024 di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang pada 28 April 2024 lalu.

image is not available

Sewaktu ditanya oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GKK) merangkap sebagai Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah sebab dirinya menyertai komando, Chan Min Youn berkata kerana minat dan mahu berkhidmat untuk negara tercinta.

Asal sebagai askar wataniah

Difahamkan, Chan Min Youn yang berumur 25 tahun merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

image is not available

Sebenarnya saya anggota 515 wataniah. Kemudian saya diperkenalkan kepada dunia komando. Jadi saya cabar diri saya untuk masuk komando, walaupun saya asalnya seorang anggota wataniah, saya pun boleh jadi seorang komando.

image is not available 22 hours ago

Dapat TV, Kereta & Tajaan Melancong, Lelaki Ini Kongsi Tips Sertai Peraduan - "Saya Masih Teruskan Hobi Dalam Dunia Contest"