Satu Soalan ChatGPT Menggunakan 0.34 Wh Elektrik dan 0.31 mL Air

TechnologyDigital
11 Jun 2025 • 11:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berapakah penggunaan kuasa elektrik dan air setiap kali anda menggunakan ChatGPT? Ini adalah misteri yang hanya hari didedahkan oleh Sam Altman, CEO OpenAI. Dalam blog yang diterbitkan pagi tadi, Altman mengatakan secara purata satu soalan yang ditanya kepada ChatGPT menggunakan 0.34 Wh elektrik dan 0.31 mL air. Ini bersamaan menggunakan ketuhar selama sesaat atau 1/15 isipadu satu sudut teh.

image is not available

OpenAI menerbitkan artikel mereka beberapa minggu selepas MIT Technology Review melaporkan bertanya 15 soalan kepada sebuah chatbot, menjana 10 keping gambar dengan AI generatif dan menjana 3 video sepanjang 5 saat dianggarkan menggunakan 2.9 kWh tenaga elektrik bersamaan menjalankan sebuah ketuhar gelombang mikro berterusan selama 3.5 jam.

Angka yang dikongsi oleh OpenAI nampak rendah tetapi setiap hari perkhidmatan mereka diakses ratusan juta pengguna yang melakukan lebih daripada soalan sehari. Realitinya ialah pusat data kecerdasan buatan (AI) menggunakan kuasa elektrik yang tinggi sehingga menyebabkan Meta, Google dan Amazon mengikat kontrak untuk menggunakan kuasa nuklear bagi mengurangkan pelepasan karbon tahunan mereka.