Satya Nadela – Masalah AI Amerika Sekarang ialah Kekurangan Kuasa Elektrik dan Bukan Bekalan Cip

WorldTechnology
3 Nov 2025 • 8:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Hari ini Presiden Trump berkata cip NVIDIA Blackwell tidak akan dijual kepada “orang lain” dengan kelebihan akan diberikan kepada syarikat tempatan. Tetapi hujung minggu lalu, CEO Microsoft Satya Nadella berkata syarikat beliau tidak mempunyai isu mendapatkan bekalan cip AI tetapi berhadapan isu kekurangan kuasa elektrik untuk pusat data yang ingin dibina.

image is not available

Dalam rancangan podsiar Bg2 Pod, Satya berkata sukar membina pusat data berhampiran sumber kuasa. Pusat-pusat data AI yang ingin dibina memerlukan data dalam jumlah GW yang besar. Ia adalah bersamaan kuasa yang diperlukan sebuah kawasan perumahan dengan puluhan ribu penduduk.

Ini adalah sebab mendorong Microsoft menghidupkan semula stesen janakuasa nuklear Three Mile Island yang sudah dimatikan pada tahu 2019 dengan kerjasama syarikat Constellation. Penggunaan tenaga nuklear akan mengurangkan tapak pelepasan karbon Microsoft kerana tenaga nuklear diklasifikasikan sebagai sumber tenaga yang lebih bersih.

Selain mereka Google dan Meta juga melakukan kerjasama dengan syarikat yang membangunkan reaktor nuklear modular. Sementara itu di China “matahari buatan manusia” dibangunkan untuk membina reaktor pelakuran nuklear yang secara teorinya boleh menawarkan kuasa elektrik tanpa had.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved